LATIHAMAL PENGURUSAN BENCANA PERINGKAT NEGERI PERLIS

8 APRIL 2012 - Satu lagi program usahasama diantara pasukan penyelamat dan keselamatan Negeri Perlis berjaya dibuktikan dengan Latih Amal Pengurusan Bencana peringkat Negeri Perlis. Kejadian bencana yang saban tahun melanda di negeri ini telah memberikan panduan dan cara kerja yang berkesan dalam melaksanakan tugas menyelamat.

PDRM, Hospital, JPAM, JBPM, MKN, ATM, JPS dan UNiMAP adalah diantara tulang belakang latih amal ini yang mana PBSM dan penduduk kampung berhampiran juga tidak terkecuali dalam menjayakan program ini untuk melakonkan watak mangsa yang diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Lebih kurang 100 orang penduduk kampung dari pelbagai kawasan di Daerah Padang Besar berkerjasama untuk menjadi mangsa kesan dari solekan khas yang diberikan oleh pasukan PBSM.

Senario kejadian ini menceritakan suasana banjir dalam masa yang sama beberapa kes telah terjadi seperti kebakaran rumah, pokok tumbang, mati lemas, kemalangan jalan raya dan mencari dan menyelamat (SAR). Seramai 50 orang pasukan penyelamat dari JPAM Perlis telah ditugaskan untuk melaksanakan kerja meyelamat yang terdiri dari pelbagai seksyen iaitu Ambulan, Penyelamat dan Akuatik.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi merancakkan program ini dalam sesi post mortem yang telah diadakan pada acara kemuncaknya.







Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke