LATIHAN SURVIVAL

15-17 Jun 2012 - Bertempat di Lata Mengkuang, Sik, Kedah, para anggota JPAM Perlis telah melalui saat yang penuh mencabar dengan menjalani latihan Asas Ikhtiar Hidup (Survival) Asas. Seramai 65 orang anggota telah terlibat manakala seramai 13 orang pegawai dan urusetia telah dilantik bagi menerajui kem ini.

Bermula jam 8.00 pagi semua anggota yang terlibat berkumpul di Pusat Pertahanan Awam (PUSPA) Perlis sebelum bergerak ke tempat latihan yang memakan masa 2 jam. Selepas pembahagian kumpulan dilakukan, tugas pertama yang diberikan jurulatih dengan menubuhkan pengkalan hutan serta mendirikan pondok jenis Pisang Sesikat. Pembelajaran Subjek Ikhtiar hidup ini merangkumi beberapa silibus yang sesuai yang telah ditetapkan oleh Bahagian Latihan Angkatan. Kaedah pembelajaran melalui teori dan praktikal menyentuh beberapa aspek yang berkaitan dengan ilmu menyelamat di hutan.

Para peserta didedahkan cara membuat lubang tohor, ujian makanan, mencari makanan bersumberkan dari tumbuh-tumbuhan yang berada di sekeliling serta memasak dengan menggunakan sepenuhnya bahan-bahan di hutan. Semua itu telah dilalui oleh peserta pada hari pertama menjejakkan kaki ke survival. Sifat tidak mementingkan diri sendiri sentiasa dipupuk oleh jurulatih dalam memberikan penekanan mental dan fizikal peserta. Setiap kumpulan yang diberikan tugas mempunyai peranannya sendiri supaya arahan dari jurulatih dapat disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Keadaan makin menguji mental dan fizikal peserta yang mana mereka tidak dibekalkan bekalan makanan sebaliknya mencari sumber hutan untuk dijadikan pangalas perut, pada masa yang sama tugas harus dilaksanakan dengan membuat tali, bubu, bunga lawang, menangkap ikan dan memasang jerat sebagai alat mencari hasil sumber hutan.Peraturan dan displin juga amat dititikberatkan oleh jurulatih supaya dapat menanam sifat sabar peserta dalam menghadapi situasi genting. Aktiviti malam terakhirnya pula, semua perserta akan dilepaskan bersendirian di setiap tempat yang telah ditetapkan atau kenali sebagai 'asolation' bertemankan unggun api sehngga pada keesokan paginya.


Hadir sama dalam latihan ini ialah Pengarah JPAM Perlis, Mej.(PA) Ishak bin Mohd Radzi juga sebagai pemerhati peserta seterusnya merasmikan upacara penutupan latihan ini dengan jayanya.



    
 

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke