Pergerakan Misi Bantuan Banjir Ke Pantai Timur 6 Januari 2021

SEBANYAK 25,392 orang daripada 6,885 keluarga di sembilan daerah di sembilan daerah di Pantai Timur dilaporkan masih berada di 258 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pahang. Walaupun jumlah kelihatan masih banyak, hakikatnya ianya menunjukkan tren penurunan setakat 10 Januari.

APM Perlis telah menerima arahan dan mengalas tanggungjawab untuk memulakan pergerakan misi bantuan ke Kemaman, Terengganu bertarikh 6 Januari 2021. Misi bantuan bagi kumpulan pertama seorang pegawai yang diketuai oleh Leftenan (PA) Mohd Zamri Bin Mohd Azmi dan diikuti oleh 11 orang anggota yang terdiri daripada lain-lain pangkat. Kenderaan pengangkutan yang digunakan ialah 1x Lori MAN dan 1x bot Sealegs.

Bagi APM Perlis, ia bukan penghalang bagi pasukan ini berkhidmat dalam operasi banjir. Segala hasil dari pengalaman yang lepas digunapakai oleh anggota untuk siap sedia memberikan yang terbaik dalam menyempurnakan misi bantuan ke Pantai Timur kali ini. Persediaan dari segi fizikal dan mental adalah langkah pertama bagi setiap anggota dalam menguruskan khidmat menyelamat dalam pengurusan bencana.




Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke