SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN PERTAHANAN AWAM KE-61



23-24 Mac 2013 – Bertempat di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, telah berlangsungnya Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam ke 61 Peringkat Kebangsaan. Seramai 13 orang anggota sukarela dan pegawai tetap terdiri daripada Sjn (PA) Sabri Bin Abbas dan Kpl (PA) Md Radzi Bin Md Rejab menerima Pingat Bakti Pertahanan Awam (PBP), Kpl (PA) Saiful Andri Bin Jan, Sjn (PA) Zainuddin Bin Derani, L/Kpl (PA) Zul Husni Bin Che Ahmad, Pbt (PA) Zulkefly Bin Zainol, Kpl (PA) Saiful Hafizan Bin Sidar, Kpl (PA) Noorhatiny Binti Hasan, Kpl (PA) Siti Zuhana Binti Mat Saad, Pbt (PA) Shahril Bin Suffian, L/Kpl (PA) Noorhidayu Binti Azmi, SM (PA) Muhamad Saiful Bin Abdullah, dan SM (PA) Mohd Zamri Bin Azmi masing-masing menerima Pingat Am Pertahanan Awam (PAP) mewakili  Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis. Majlis ini berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka yang disempurnakan oleh YS Dato’ Sulaiman Bin Hj. Keling, Pengarah Pertahanan Awam Malaysia.

Pada hari kedua, seramai 120 orang anggota sukarela dan pegawai tetap mewakili JPAM Perlis dan dianggarkan 6,000 orang anggota dari seluruh negara berhimpun di Dataran Sejarah, Ayer Keroh bagi menjayakan Sambutan Ulangtahun Pertahanan Awam Malaysia kali ke-61. Antara acara lain, persembahan tarian IM4U, demo kemalangan jalan raya oleh CDERT Melaka, persembahan kawad formasi oleh KAPA Melaka, pameran yang terdiri daripada agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain lagi. Sambutan hari ulangtahun ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke