SEMINAR MANTOP DIRI BERSAMA USTAZ ZAMRI

 2 Julai 2013 - Warga JPAM Perlis yang menantikan kehadiran penceramah tersohor tanah air telah dapat direalisasikan untuk sama-sama menimba ilmu terutamanya yang berkaitan kerohanian dan keagamaan.

Nama yang tidak asing lagi dalam bidang dakwah Ustaz Hj. Zamri bin Zainuldin atau dikenali sebagai Ustaz Zamri Mantop telah meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama warga JPAM Perlis. Hadirin yang terdiri daripada kakitangan tetap, ASTP, ASTO, Pegawai Bersekutu, KAPA, SISPA dan PISPA telah memenuhi Dewan Utama PUSPA Perlis.

Pendekatan modul motivasi yang diketengahkan telah memberi kesan yang mendalam kepada warga JPAM Perlis terutama dalam kerja seharian. Seminar ini juga adalah sebagai persediaan bagi menyambut bulan Ramadhan. Ia telah melibatkan seramai hampir 150 orang hadir dalam seminar ini yang mengambil masa selama 8 jam menyaksikan ceramah daripada Ustaz Zamri.

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke