KERETA LANGGAR POKOK DAN BERPUSING



9 Sept 2014 - Pusat Kawalan Operasi Daerah (OKOD) Kangar menerima satu kes kemalangan jalan raya pada jam 5.17 petang melibatkan sebuah kenderaan Produa Myvy dipercayai hilang kawalan akibat dipandu laju ketika hujan. Pada jam 5.37 petang ketika penyelamat sampai ke tempat kejadian kelihatan dua orang mangsa berada di sisi kereta mereka yang terdiri daripada seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak sedang mengerang kesakitan akibat kenderaan mereka melanggar sebatang pokok jati di sisi jalan yang menyebabkan kereta tersebut berpusing dan terbalik.

Ketika kejadian JPAM Kangar dengan kekuatan sebuah ambulan dan 4 orang petugas bersama pasukan Bomba dan Penyelamat dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar membantu mangsa di tempat kejadian. Mangsa dewasa yang berumur 66 tahun terus dibawa ke hospital yang mana dipercayai mengalami kecederaan dalaman.



Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke