PERKHEMAHAN INTEGRASI KAPA PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2012










30 Mac - 1 April 2012 - Saban tahun dengan kerjasama Jabatan Pelajaran (JPN) Negeri Perlis bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Kem Tasoh, Perlis JPAM Perlis telah berjaya menamatkan peringkat saringan untuk pemilihan ke Pertandingan Kemahiran sempena Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan yang mana pada tahun ini semua ahli KAPA seluruh Malaysia akan berentap membuka gelanggangnya di Terengganu Darul Iman.

Seramai 371 orang ahli KAPA yang terdiri daripada 12 buah sekolah dari seluruh Negeri Perlis telah berentap untuk sesi kelayakan ke peringkat kebangsaan yang akan di adakan pada penghujung April ini. Penglibatan 176 pelajar lelaki dan 195 pelajar perempuan telah dipecahkan kepada 2 ketagori iaitu lelaki dan perempuan berdasarkan 5 kemahiran yang dipertandingkan. Seramai 5 orang pengadil dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) Baling dijemput bagi proses penjurian untuk setiap kemahiran yang dipertandingkan pada tahun ini.

Angka penglibatan anggota KAPA semakin meningkat berikutan dengan pendedahan JPAM mengenai kesedaran yang kini meluas di setiap pelusuk komuniti. Namun begitu ia adalah satu cabaran yang harus dipikul oleh jurulatih untuk memberi latihan yang kompetatif kepada pelajar sekolah. Segala persiapan dari segi kemahiran dan fizikal yang lengkap merupakan salah satu faktor kepada setiap sekolah yang terlibat untuk bersaing bagi merebut tempat ke peringkat kebangsaan dan harapan untuk menjadi platun yang terbaik bukanlah sesuatu yang mustahil.

Pengarah JPAM Perlis, Mej.(PA) Ishak bin Mohd Radzi yang hadir merasmikan majlis penutupan perkhemahan menyeru kepada semua ahli KAPA supaya teruskan memberi komitmen terhadap setiap sudut pembelajaran Pertahanan Awam melalui penglibatan KAPA yang akan menaikkan nama sekolah yang terlibat. Turut hadir adalah wakil dari Jabatan Pelajaran Perlis, Encik Shabri bin Ghazali.

Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Kemahiran Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2012:

TERBAIK KESELURUHAN

1. SMK Syed Sirajuddin
2. SMK Tengku Suleiman
3. SMK Syed Ahmad

KETUA PLATUN TERBAIK
Lelaki - Wan Sharir bin Wan Shahrudin (SMK Tengku Suleiman)
Wanita - Nor Shafinar Bt Md Fadzil (SMK Syd Ahmad)

Kawad Kaki
Lelaki
1. SMK Tengku Suleiman
2. SMK Syed Ahmad
Wanita
1. SMK Tengku Suleiman
2. SMK Syed Ahmad
3. SMK Syed Sirajuddin

Menyelamat
Lelaki
1. SMK Syed Sirajuddin
2. SMK Syed Saffi
3. SMK Syed Ahmad
Wanita
1. SMK Syed Sirajuddin
2. SMK Tengku Suleiman
3. SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah

Melawan Kebakaran
Lelaki
1. SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah
2. SMK Syed Ahmad
3. SMK Syed Saffi
Wanita
1. SMK Syed Sirajuddin
2. SMK Tangku Suleiman
3. SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah

Perawatan Awal
Lelaki
1. SMK Syed Sirajuddin
2. SMK Putra
3. SMK Arau
Wanita
1. SMK Raja puan Muda Tengku Fauziah
2. SMK Syed Ahmad
3. SMK Syed Sirajuddin
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke