RESPOND TIME X-WANG KELIAN







29 Mac 2012 - Kombinasi di antara pasukan Penyelamat dan keselamatan Negeri Perlis dijalankan dalam satu latihan menyelamat iaitu X-Wang Kelian yang memaparkan senario Sebuah bas dan van mengalami kemalangan di kawasan berbukit di Wang Kelian.

Dengan kekuatan seramai 13 orang anggota, Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) telah menerima panggilan dan anggota telah digerakkan ke tempat kejadian bersama 2 buah pacuan empat roda, 2 buah ambulan, 2 buah Motosikal Gerak Pantas dan sebuah lori 5 tan. Mangsa seramai 51 orang yang telah diketagorikan kepada 3 bahagian triage iaitu kritikal, separa kritikal dan mati.

Sebuah bas yang datang dari sempadan Thailand menuju ke Kangar telah bertembung dengan sebuah van yang penuh dengan penumpang dari arah bertentangan menyebabkan semua 51 orang mangsa dibawa dan dirawat ke tempat yang selamat. Selain itu, latihan yang dijalankan secara usahasama adalah hasil kerjasama dari Pasukan Polis dari IPD Padang Besar, Hospital Tuanku Fauziah, Pasukan Penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Padang Besar dan St John Ambulan.

Latihan ini memakan masa lebih kurang 3 jam bagi menyelamat mangsa yang tercedera dan segala perancangan yang teratur telah disusun oleh setiap pasukan penyelamat dalam menjayakan latihan ini.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke