WARGA EMAS MAUT KETIKA KELUAR KE BANDAR

 

               31 Julai 2012- Pusat Kawalan Operasi Daerah Kangar menerima satu Panggilan dari orang awam menyatakan kes Kemalangan Jalan Raya pada Jam 3.40 petang (31 Julai 2012). Selepas menerima maklumat, seramai Empat orang anggota telah bergegas ke tempat kejadian. Ambulans JPAM Perlis mengambil masa Tiga Minit untuk ke tempat kejadian, JPAM Perlis menjadi Pasukan Penyelamat Pertama yang sampai ke tempat kejadian. Apabila sampai di tempat kejadian, anggota JPAM Perlis mendapati mangsa terbaring di sebelah tiang lampu jalan seolah-olah memeluk tiang lampu jalan itu dengan kepala mangsa berlumuran darah.
                Menurut maklumat, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Samsudin Saad, 67 tahun yang menunggang motosikal dikatakan cuba menyeberangi  jalan dari persimpangan Taman Pertiwi untuk ke arah Kangar telah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah Alor Setar. Akibat rempuhan itu, mangsa telah tercampak ke tiang lampu jalan. Menurut pemandu Proton Waja terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak sempat membrek kerana jarak mangsa ketika itu terlalu dekat. Beliau yang baru keluar dari pusat cuci kereta automatic membuat pusingan U di lampu isyarat berdekatan lebuhraya Kuala Perlis - Changloon untuk ke Kangar, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal secara tiba-tiba menyeberangi dan berhampiran dengan keretanya. Pemandu kereta tersebut cuba mengelak ke kiri kerana mangsa terlalu dekat tetapi mangsa terus menyeberang dan pemandu tidak dapat membuat apa-apa lalu terlanggar mangsa.
               Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noor mengesahkan laporan kemalangan berkenaan. “Kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah kereta di kilometer 3.2, Jalan Kangar – Alor Setar, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga mangsa.”  Katanya.

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke