SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 55 PERINGKAT NEGERI PERLIS


 31 Ogos 2012 : 1Malaysia Janji Ditepati,... Tema sabutan Kemerdekaan tahun 2012. Bermula dengan latihan selama 3 hari bermula 13 Ogos sehingga 15 Ogos, diikuti Raptai penuh pada 29 Ogos. Walaupun latihan dijalankan dalam bulan Ramadan, Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Perlis tetap bersungguh-sungguh menjalankan latihan dengan jayanya. Latihan dijalankan di perkarangan Pusat Pertahanan Awam (PUSPA) Perlis, latihan bermula jam 0800 pagi dan berakhir jam 0830 pagi. Pada 31 ogos 2012, seawal 0630 pagi, seramai 72 Anggota JPAM Perlis telah berkumpul di Pusat Pertahanan Awam (PUSPA) Negeri Perlis dan terus bergerak ke Dewan Warisan Kangar untuk Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Perlis. Diiringi oleh SK (PA) Rosidi Bin Shaari sebagai Pengawai pengiring. Perarakan bermula segak diketuai Kopral (PA) Shabuddin bin Ishak dan diikuti 62 Anggota termasuk Pasukan Kawat Kaki, Paramedik, Search And Rescue (SAR), Menyelamat Tempat Tinggi, Melawan Kebakaran (MK), Menagkap Haiwan Berbisa Dan Musnah Sarang Serangga dan Unit Komunikasi. Kemudian diikuti unit kenderaan di ketuai oleh SM (PA) Muhammad Saiful Bin Abdullah selaku Pengawai Pengiring. dimulakan dengan 2 Buah kenderaan Gerak Pantas, Sebuah kenderaan Nissan Navara Dan Sebuah Bot bersama Pasukan Menyelam, diikuti Sebuah Ambulans. Sambutan kali ini menjadi lebih meriah dari tahun sebelumnya kerana dipenuhi dengan perbagai persembahan dan gimik dari agensi-agensi yang mengambil bahagian dalam perarakan, JPAM Perlis juga tidak terlepas dari persembahan dengan memaparkan peralatan-peralatan untuk digunakan semasa menjalankan tugas. Dengan cara ini juga dapat memberi lebih pengetahuan peranan sebenar Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kepada orang awam. Ramai dari penonton yang datang untuk menonton perarakan termasuk juga agensi-agensi dan pasukan beruniform yang lain merasa kagum dengan peranan sebenar Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang selama ini mereka tidak tahu seperti Search And Rescue (SAR), Menyelamat Tempat Tinggi, Melawan Kebakaran (MK), Menyelamat Di Air dan Pasukan Menyelam.

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke