18-21 Oktober 2012 - Dengan Tema JPAM Transformasi 60 Tahun ke Arah Gelombang Himpunan Kesukarelaan, penganjuran Himpunan Pertahanan Awam Ke-18 pada temasya tahun ini diberikan kepada JPAM Selangor sebagai tuan rumah yang mana vanuenya ialah di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Saban tahun acara yang dipertandingkan sentiasa menjadi bualan hangat oleh kontinjen yang bertanding yang mengenengahkan kemahiran-kemahiran utama di dalam JPAM
Antara acara yang dipertandingkan ialah Kawad Kaki, Melawan Kebakaran (MK) Angkatan, Melawan Kebakaran Civil Defence Emergecy Respond Team (CDERT), Road Accident Management (RAM), Pengendalian Bot dan CD Skill Challenge. Setiap acara telah dipertanggungjawabkan oleh pegawai-pegawai yang dilantik bagi mengetuai kumpulan pertandingan. Bagi acara Kawad Kaki diketuai oleh Lt.(PA) Mohd Khairul Sobri Abdul Rahim, Melawan Kebakaran oleh SM Mohd Saiful Abdullah, RAM oleh SK Rosidi bin Shaari, Pengendalian Bot oleh SM Mohs Zamri bin Mohd Azmi dan CD Skill Challenge oleh SK Mohd Rizuan Abd Gani manakala penglibatan sulung dalam acara MK CDERT oleh Jabatan Keselamatan UNiMAP.
Jangkamasa dua minggu adalah masa yang paling singkat dalam perlaksanaan latihan bagi memantapkan mental dan fizikal. Ia melibatkan komitmen dari setiap anggota yang dipilih untuk menyertai sesuatu acara. Setiap acara yang dipertandingkan memerlukan kecergasan anggota yang bersesuaian dengan kemahiran masing-masing kerana ia melibatkan risiko dan tanggungjawab yang harus digalas dengan berterusan sehingga ke hari pertandingan.
Setiap acara yang dipertandingkan dimulakan berdasarkan undian giliran yang telah dijalankan. Kontinjen Perlis telah membuka gelanggang Himpunan melalui acara CD Skill Challenge, Pengendalian Bot dan Kawad Kaki. CD Skill Challenge adalah acara yang menggabungkan element menyelamat di dalam Pertahanan Awam seperti menggulung dan membentang hos,Comando Crawl, menggolek objek berat, Ascending dan Descending (A&D), Menyelamat di Air, CPR dan membawa mangsa melalui terowong dalam satu kejadian. Pertandingan diteruskan melalui acara RAM dan Melawan Kebakaran.
Penat lelah dan usaha keras terbalas dengan pengumuman keputusan pertandingan yang diumumkan pada majlis penutup temasya tahun ini. Penglibatan Kontinjen Perlis tahun menunjukkan peningkatan yang drastik melalui acara Pengendalian Bot telah dinobatkan sebagai johan manakala tempat ke-3 dalam acara Melawan Kebakaran dan bekas anggota KAPA JPAM Perlis, Mohd Firdaus bin Ghosani dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik 2012. Semua hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di hadapan 1152 warga JPAM seluruh negara. .