15 Oktober 2012 - Seramai 24 orang penerima kenaikan pangkat Pegawai Tak Bertauliah (PTB) JPAM Perlis Tahun 2012 telah berjaya diiktiraf di atas kepercayaan di dalam Angkatan Pertahanan Awam.
Perlantikan ini berdasarkan Syeksen 8(1) Akta Pertahanan Awam 1951 dan Keadah 26(2) Kaedah-kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970. Daripada 47 orang yang hadir pada sesi temuduga yang telah diadakan pada 23 Februari dan 9 Oktober lalu hanya 24 orang sahaja yang telah layak dinaikkan pangkat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Arahan Jabatan iaitu lulus temudga, telah mengikuti Kursus PTB, lulus ujian bertulis serta tempoh berkhidmat sebagai anggota JPAM. Gred pangkat yang telah diisi oleh anggota ini ialah Gred 16 Sarjan, Gred 17 Koperal dan gred 18 Lans Koperal.
Pengarah JPAM Perlis, Mej.(PA) Ishak bin Mohd Radzi berucap pada majlis yang bersejarah ini telah menekankan aspek tanggungjawab semakin berat yang harus dipikul oleh anggota yang berpangkat. Ini kerana kepercayaan pihak pengurusan tertinggi kepada anggota berkenaan adalah salah satu iltizam kepada anggota untuk terus menerajui Angkatan Pertahanan Awam.
Berikut adalah senarai penerima-penerima kenaikan pangkat PTB JPAM Perlis tahun 2012:

- Sjn.(PA) Norzaid Bin Hamad
- Sjn.(PA) Syarizzed Bin Hussein
- Sjn.(PA) Zainuddin Bin Derani
- Kpl.( PA) Md Radzi Bin Md Rejab
- Kpl.(PA) Md Ali Bin Abdullah
- Kpl.(PA) Suri Bt. Aziz
- Kpl.(PA) Kamarudin Bin Sharif
- Kpl.(PA) Hasrin Bin Hashim
- Kpl.(PA) Norfazliana Binti Shaffie
- Kpl.(PA) Syed Hazlan Bin Syed Hashim
- Kpl.(PA) Noorhartiny Binti Hasan
- Kpl.(PA) Siti Zuhana Bt Mat Saad
- Kpl.(PA) Che Zaiton Binti Me
- Kpl.(PA) Saiful Hafizan Bin Sidar
- Kpl.(PA) Saiful Andri Bin Jan
- Kpl.(PA) Mohammad Rahimi Bin Ismail
- Kpl.(PA) Mhd Lutfiamir Bin Shaari
- Kpl.(PA) Mohd Nazir B. Awang Saad
- L/Kpl.(PA) Abdullah Sani Bin Yahya
- L/Kpl.(PA) Mohamad Nazlyzan Bin Mohamad Kamal
- L/Kpl.(PA) Noorhidayu Bt Azmi
- L/Kpl.(PA) Norafiza Bt Mat
- L/Kpl.(PA) Norhasimah Bt Abdullah
- L/Kpl.(PA) Yusnizam Bin Yusof