LATIHAN D'MAX PERLIS


8 November 2012 - Kerjasama di antara Pasukan Penyelamat dari agensi keselamatan Negeri Perlis terus dimantap dan selaraskan dengan termeterainya perlaksanaan Latihan Respond Time anjuran Jabatan Bomba dan Penyelemat (JBPM) Negeri Perlis atau Latihan D'MAX.  Bukan saja dari sudut pembahagian jenis tugasan, malah telah menjadikan setiap tugasan di antara pasukan penyelamat menjadi lebih cepat dan berkesan.

Berdasarkan senario kejadian yang ditetapkan, iaitu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam bangunan terbakar dan kemalangan jalan raya, sebuah bekas kilang pembuatan tikar telah dipilih untuk dijadikan tempat operasi dalam suasana yang cemas dan huru-hara.

Proses mengeluarkan mangsa di tempat kejadian dilakukan oleh JBPM dan JPAM Perlis yang mana ia juga membabitkan seramai lebih kurang 25 orang mangsa yang terdiri dari anggota JPAM Perlis yang telah disolek dengan kesan khas kecederaan dan kepatahan oleh petugas St. John Ambulan dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Mangsa telah dirawat oleh unit Kecemasan Dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah dan juga dibantu oleh Pasukan JPAM sendiri.

Kelengkapan logistik dan kenderaan dari Pasukan Penyelamat JPAM seperti 2 buah ambulan, sebuah lori 5 tan dan RQ telah melancarkan proses menyelamat tanpa sebarang kekangan dari pelbagai pihak. Latihan yang dihadiri oleh 180 orang dari pelbagi agensi ini telah diberikan pujian oleh pihak JBPM Negeri Perlis kepada pasukan JPAM Perlis kerana telah banyak membantu mereka semasa menjalani operasi yang penuh mencabar ini.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke