INTERNATIONAL SEARCH AND RESCUE MALAYSIA

26-29 November 2012 - Dengan gabungan 3 buah negara, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, satu lagi eksesais anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu International Sesarch And Rescue Malaysia (ISM) Excercise telah berjaya diadakan di Empangan Timah Tasoh. Program yang berlangsung selama 4 hari telah menguji mental dan fizikal penyelamat dari 3 buah negara.

Pada awal ketibaan para peserta mereka dikehendaki mengemudi bot yang telah disediakan oleh JPAM Perlis sehingga ke tapak eksesais berlangsung dan ditambah lagi dengan kegagalan sistem enjin bot menyebabkan para peserta mendayung bot dan menyelamatkan mangsa bencana trauma yang terdiri dari pelakon JPAM. Operasi menyelamat mempunyai 3 seksyen iaitu water search and rescue, bangunan runtuh dan cave rescue. Pasukan Special Malaysia Disaster Asistance and Rescue Team (SMART), Singapore Civil Defence Force (SCDF) dan Bomba dan Penyelamat Brunei adalah pasukan yang mewakili negara masing dalam eksesais ini.

Senario pertama adalah operasi menyelamat di air atau water search and rascue yang mana mangsa telah terjatuh dari bot mereka dan sebuah kereta yang tenggelam mempunyai seorang mangsa mati lemas. Sebuah kereta berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan kaedah apung dan tarik.  Manakala senario kedua adalah kes menyelamat mangsa yang terperangkap dan tertimbus di bawah bangunan runtuh. 2 buah kereta telah dihempap oleh bangunan dan berjaya ditarik keluar. Pasukan penyelamat berjaya menenangkan penduduk kampung dan mangsa yang telah mencetuskan huru hara.Manakala senario ketiga pula adalah cave rescue bertempat di Gua Wang Burma, Taman Negeri Perlis. Beberapa orang mangsa telah di temui di kawasan sukar di dalam gua oleh Penyelamat termasuk dari unit K9 Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Anggota JPAM Perlis memainkan peranan penting dalam penyediaan logistik seperti bot dan pelakon mangsa. Selain dari itu mengawal keselamatan semasa operasi dijalankan. Beberapa pegawai JPAM dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Utara dan Ibu Pejabat Pertahanan Awam dijemput sebagai pemerhati eksesais ini.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke