SEMARAK KASIH BERSAMA JPAM MANJUNG

28-30 Disember 2012 - Keindahan Pulau Pangkor menggamit kedatangan Warga JPAM Perlis bagi menyemarakkan lagi ikatan silaturrahim di antara kakitangan JPAM Perlis dan keluarga. Bertempat di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan dengan kerjasama JPAM Manjung seramai 90 orang kakitangan termasuk ahli keluarga telah menjayakan program Semarak Kasih JPAM bagi menutup tirai tahun 2012.
Beberapa acara telah diadakan bagi melengkapkan lagi program ini ialah latihan kesedaran Pertolongan Cemas kepada ahli keluarga kakitangan JPAM Perlis, aktiviti water confident dan acara sukaneka dewasa dan kanak-kanak.Turut diadakan adalah perlawanan persahabatan bola sepak pantai dan bola tampar pantai di antara JPAM Perlis dan JPAM Manjung di Pantai Pasir Bogak. Penghargaan diberikan kepada warga JPAM Manjung di atas kunjungan JPAM Perlis ke Manjung, Bandar Maritim kursusnya lawatan mesra ke Bilik Gerakan Operasi Daerah Manjung dan layanan begitu istimewa buat JPAM Perlis.


Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke