3-5 Disember 2012 – Perancangan yang rapi bagi penutup tirai 2012,
JPAM Perlis telah melaksanakan Eksesais Tamat Latihan JPAM Perlis Tahun 2012
yang bertemakan Search And Rescue (SAR) bertempat di Wang Mu, Kaki Bukit,
Perlis. Pada awal eksesias ini, peserta berkumpul di Pusat Pertahanan Awam
(PUSPA) dan terus ke Kem Latihan Wang Mu dengan berjalan lasak sejauh 5.6
kilometer sebanyak 5 kumpulan telah dipecahkan dalam situasi yang berbeza.
Malam pertama, peserta didedahkan
dengan pencarian kotak hitam, ia adalah simbol pencarian barang-barang berharga
yang hilang di mana peserta dikehendaki mencarinya di tangah-tengah ladang pokok
getah. Seterusnya, 5 lokasi telah dikenalpasti untuk menjalankan operasi SAR
mangsa yang disebabkan oleh helikopter terhempas. Proses pencarian mangsa juga
telah dipecahkan kepada berdasarkan lokai-lokasi yang telah ditetapkan. Semua
peserta yang terlibat ditugaskan mencari dan menyelamat mangsa yang tersangkut
di atas dan di hempap pokok. Tindakan menyelamat yang digunakan adalah merangkumi
kemahiran-kemahiran yang ada di dalam Pertahanan awam seperti penggunakan tali
ikatan, BA set untuk mangsa yang terjatuh ke dalam lubang dalam, Scuba rescue
mencari mangsa di dalam air sungai. Selain itu tindakan menyelamat dengan
mengesan mangsa yang tertimbus di bawah tanah serta membawa mangsa menyelusuri
sungai dengan teknik floating.
Eksesais ini adalah salah satu
modul dan syarat untuk melayakkan anggota dilantik sebagai Anggota Sukarela
Tetap Pejabat (ASTP) dan Anggota Sukarela Tetap Operasi (ASTO). Ia juga telah
dijalan berdasarkan pemerhatian dari pihak atasan bagi perlantikan ASTP dan
ASTO.