RIBUT MELANDA KE KAWASAN PENDUDUK RPA ARAU


5 Februari 2013 – Ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba telah memusnahkan sembilan buah rumah di Taman Rancangan Perumahan Awam (RPA), dekat sini, pada 5 Februari. Kejadian itu belaku apabila pusaran angin yang dianggap biasa telah menerbangkan puluhan bumbung rumah penduduk menyebabkan sembilan daripadanya mengalami kerosakan teruk. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu telah menggerakkan 4 orang anggota peninjau dan 17 orang anggota bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis (JPAM) ke tempat kejadian untuk membantu mangsa yang dilanda ribut berkenaan. Pihak JPAM Perlis tiba di tempat kejadian dan mendapati kesembilan bumbung rumah telah rosak teruk lalu mengarahkan beberapa anggota membaiki secepat mungkin kerana khuatir keselamatan mangsa apabila tibanya waktu malam atau hujan turun yang tidak kira masa. Kerja-kerja pemasangan bumbung dan atap rumah mangsa dilakukan sekitar jam 5 petang sehingga 12 malam disamping membantu mententeramkan keadaan mangsa.Walaupun kejadian itu menyebabkan kerugian melebihi RM 2,000 namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.
Setakat ini tiada kecedaraan mahupun kematian yang dilaporkan berlaku namun sebahagian mangsa cuma berasa cemas apabila bumbung rumah diterbangkan oleh angin yang berpusaran. Keadaan malam dan gelap diatas bumbung rumah mangsa lagi merumitkan perjalanan memasang bumbung oleh anggota JPAM. Peranan JPAM bukan sahaja menyelamatkan mangsa dalam kejadian itu malah melatih anggota menjalankan tugas sukarela kepada masyarakat seperti yang sarankan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu tahun 2013 tahun kesukarelawan. Mangsa, Syed Hassan Syed Husain, 48, berkata, kejadian itu mencetuskan suasana panik apabila ribut yang melanda merupakan pertama kali berlaku di kawasan perumahan mereka.“Saya terkejut apabila melihat bumbung rumah diterbangkan dan terjatuh bertempiaran hanya dalam masa 15 minit selepas angin berpusing secara puting beliung ,” katanya. Katanya, kajadian itu menyebabkan bumbung di bahagian ruang tamu rumahnya musnah teruk tetapi mujurlah keadaan yang kelam kabut itu tidak mendatangkan kecederaan kepada keluarga beliau.“Saya bersyukur kerana kuasa Allah S.W.T yang berlaku petang kelmarin tidak menyebabkan kecederaan yang menimpa mana-mana ahli keluarga saya ataupun masyarakat sekeliling biarpun keadaan bumbung yang musnah setelah diterbangkan oleh angina yang berputar,” katanya.
Tambah beliau, dengan kehadiran JPAM untuk menghulurkan bantuan memasang semula bumbung di rumahnya dan rumah jiran-jiran yang lain sekurang-kurang mampu meringankan beban sebelum keadaan pulih seperti biasa.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke