SEMINAR PENGUKUHAN SAHSIAH DIRI

 

5 Februari - Bertempat di Dewan Utama, PUSPA Perlis Bahagian Latihan telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Sahsiah Diri JPAM Perlis Tahun 2013. Program ini dilaksanakan bagi membina sahsiah diri warga JPAM Perlis supaya dapat memantapkan lagi rohani terutama jurulatih dan pegawai yang akan menjalani pelbagai tugas  pada masa mendatang.

Program ini juga hasil dari kerjasama JPAM Perlis dengan Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) Padang Machang, Abi yang telah menjemput 2 orang penceramah tersohor iaitu Ustaz Zahid bin Ibrahim, Imam Masjid Alwi Kangar dan Ustaz Mohd Rafidzi bin Zainal Abidin, dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis sekali gus dapat 'brain wash' semua pemikiran negatif. Seminar ini lebih kepada aspek keagamaan dan moral warga JPAM Perlis dalam menempuh pelbagai dugaan.

Seramai lebih kurang 100 orang warga JPAM Perlis yang terdiri daripada Pegawai ASTO/ASTP/ASPA dan skim gunasama hadir bagi mengikuti seminar ini telah memberikan komitmen sehingga ia selesai yang mana ia diakhiri dengan sesi menderma darah dari unit Tabung darah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
 
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke