ARAU – 23 April 2013. Ekoran ribut dan hujan lebat yang melanda telah memusnahkan sekurang-kurangnya lima belas buah rumah di sekitar Kampung Jelempok, Arau dekat sini petang kelmarin. Kejadian itu belaku apabila angin kuat yang datang hanya beberapa minit telah menerbangkan puluhan bumbung rumah penduduk dan sekolah menyebabkan mengalami kerosakan teruk.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.00 petang itu juga, Pusat Kawalan Opersi Daerah Kangar dan Unit Arau menerima banyak panggilan menyatakan pokok tumbang disekitar Arau dan Simpang Empat. Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis (JPAM) telah menggerakkan sepuluh orang anggota ke lokasi kejadian menggunakan tiga buah jentera bagi membantu orang awam.
Walaubagaimanapun, pihak JPAM terpaksa mengagihkan tugas memandangkan banyak pokok tumbang dilaporkan. Sementara itu, anggota yang berada di lokasi ribut cuba membantu orang kampung membersihkan kawsan kampung disamping mententeramkan mangsa yang terlibat.
Kerja-kerja pembersihan bumbung dan atap rumah mangsa yang diterbangkan angin dilakukan sekitar jam 6 petang sehingga 12 tengah malam setelah pasukan bantuan tiba dilokasi kes.
Dalam kejadian tersebut juga, pihak JPAM terpaksa merobohkan sebuah pintu gerbang Kampung Jelempok kerana dikhuatiri membahayakan orang ramai yang lalu di jalan tersebut setelah mendapat kebenaran daripada JKKK Jelempok.
Walaupun kejadian itu menyebabkan kerugian melebihi RM 2,000 namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.
Setakat ini tiada kecedaraan mahupun kematian yang dilaporkan berlaku namun sebahagian mangsa cuma berasa cemas apabila bumbung rumah diterbangkan oleh angin.






