PERKHEMAHAN INTEGRASI KAPA 2013


25-27 Mei 2016 - Penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam  (KAPA) adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan bertujuan memantapkan semangat patriotik, meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara  kemahiran yang  diterapkan di dalam sukatan pembelajaran KAPA, adalah Kawad kaki Perawatan awal, Melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa.

Saban tahun dengan kerjasama Jabatan Pelajaran (JPN) Negeri Perlis bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Kem Tasoh, Perlis JPAM Perlis telah berjaya menamatkan peringkat saringan untuk pemilihan ke Pertandingan Kemahiran sempena Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan yang mana pada tahun ini semua ahli KAPA seluruh Malaysia akan berentap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Seramai 337 orang peserta KAPA yang terdiri daripada 12 buah sekolah dari seluruh Negeri Perlis yang berentap untuk kelayakan ke Peringkat Kebangsaan. Penglibatan peserta lelaki seramai152 dan wanita 185 orang telah mempertandingkan 4 kemahiran utama di dalam JPAM iaitu, Kawad Kaki, Menyelamat, Melawan Kebakaran dan Perawatan Awal. Seperti temasya tahun lepas, proses penjurian telah disempurnakan oleh jurulatih dari Pusat Latihan pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) Baling, Kedah.

Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah membuktikan semangat para anggota KAPA dalam menunjukkan kemahiran masing-masing. Tidak dapat dinafikan, penglibatan anggota KAPA pada tahun ini telah memberikan saingan hebat di antara sekolah-sekolah bagi merebut kejuaraan Keseluruhan Terbaik.

Hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan ini ialah Pengarah JPAM Perlis, Yang Setia Mej. (PA) Ishak bin Mohd Radzi dan wakil dari Jabatan Perlajaran Negeri Perlis, En Azrin bin Mohd @ Ahmad. Dalam ucapan majlis penutup tersebut, pengarah JPAM Perlis berbangga semangat para anggota KAPA untuk persiapan ke perkhemahan ini harus dipuji kerana kerap mengadakan latihan tanpa mengira tempat dan keadaan terutamanya di Pusat Pertahanan Awam (PUSPA) Perlis.



    


KESELURUHAN TERBAIK
1.SMK SYED SIRAJUDDIN
2.SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH
3.SMK TENGKU SULEIMAN

KETUA PLATUN TERBAIK
(LELAKI)
SJN KADET (PA) AHMAD KAMIL AZFAR BIN AMRIN
Sekolah: SMK TENGKU SULEIMAN
(WANITA)
SJN KADET (PA) NURFATIHA BT ABD MALIK
Sekolah:SMK TENGKU SULEIMAN

KAWAD KAKI LELAKI
JOHAN; SMK TENGKU SULEIMAN
NAIB: JOHAN SMK SYED ALWI

KAWAD KAKI WANITA
JOHAN: SMK TENGKU SULEIMAN
NAIB JOHAN: SMK RAJA PUAN MUDA TG. FAUZIAH
KE-3: SMK DERMA

MELAWAN KEBAKARAN LELAKI
JOHAN: SMK RAJA PUAN MUDA TG. FAUZIAH
NAIB: JOHAN SMK SYED SIRAJUDDIN
KE-3: SMK TENGKU SULEIMAN

MELAWAN KEBAKARAN WANITA
JOHAN: SMK SYED SIRAJUDDIN
NAIB JOHAN: SMK KUALA PERLIS
KE-3: SMK RAJA PUAN MUDA TG. FAUZIAH

MENYELAMAT LELAKI
JOHAN: SMK SYED SIRAJUDDIN
NAIB JOHAN: SMK SYED SAFFI
KE-3: SMK KUALA PERLIS

MENYELAMAT WANITA
JOHAN: SMK SYED SIRAJUDDIN
NAIB JOHAN: SMK SYED AHMAD
KE-3: SMK TENGKU SULEIMAN

PERAWATAN AWAL LELAKI
JOHAN: SMK SYED SIRAJUDDIN
NAIB: JOHAN SMK RAJA PUAN MUDA TG FAUZIAH
KE-3:  SMK TENGKU SULEIMAN

PERAWATAN AWAL WANITA
JOHAN: SMK RAJA PUAN MUDA TG FAUZIAH
NAIB JOHAN: SMK SYED SIRAJUDDIN
KE-3:  SMK SYED AHMAD

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke