PAKAR ACARA MENYELAMAT DI PERKHEMAHAN KAPA PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 10 hingga 15 Jun yang lalu, telah berlangsungnya Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Peringkat Kebangsaan kali ke- 12 di Pusat Ko-Kurikulum Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi tahun 2013. Perkhemahan ini telah melibatkan seramai 1,400 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Program yang dijalankan ini adalah usahasama oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Seramai 72 orang anggota KAPA telah mewakili Negeri Perlis ke peringkat kebangsaan pada kali ini. 

Perkhemahan ini mengenengahkan empat ketagori pertandingan iaitu, kawad kaki, perawatan awal, menyelamat dan melawan kebakaran. Para anggota KAPA bukan sahaja aktif dalam menyertai pertandingan, malah disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti meredah hutan, gotong-royong di sekitar kampung berhampiran, lawatan ke tempat menarik sekitar Pulau Pinang dan macam-macam lagi. Pegawai tetap, staf, jurulatih dan guru-guru juga diperkenalkan acara paintball dan kontijen Perlis hanya berjaya ke separuh akhir sahaja. Kegigihan dan semangat para anggota yang terlibat tidak luntur walau diuji dengan pelbagai tragedi seperti ribut dan hujan lebat. 

Negeri Perlis telah berjaya menjadi johan dalam acara Menyelamat Wanita dan naib johan Menyelamat Lelaki. Perasmian penutup perkhemahan telah dirasmikan oleh YS Dato Sulaiman Bin Hj Keling, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke