Ex-NAVIGASI LAUT JPAM PERLIS

4-6 Julai 2013 - Seramai 60 orang anggota termasuk pegawai telah berjaya mengharungi tugas-tugas mencabar di dalam Latihan Ex-Navigasi Laut JPAM Perlis dengan Kerjasama Jabatan Laut Wilayah Utara. Ia adalah bagi memantapkan kemahiran para anggota sukarelawan JPAM Perlis dalam bidang kelautan. Selain itu, ia juga memberikan sedikit ruang bagi melengkapkan diri penyelamat ke laut secara profesional sekiranya berlaku kecemasan apabila berada di tengah lautan.

Di antara modul pembelajaran yang diberikan adalah Pengenalan Asas Alat Bantuan Pelayaran, Penggunaan Pelampung dan Suar. Para anggota juga diberikan tanggungjawab sebagai Mualim Domestik yang mana ia membabitkan Peraturan Semasa, Keselamatan Di Laut, Tatacara Pengendalian Di Laut, SAR, Prosedur Orang Jatuh Laut dan seumpamanya. Penggunaan dan pengendalian Carta Laut adalah modul yang paling penting kerana ia mengajar anggota untuk mengetahui hala tuju laluan laut supaya tidak tersesat.

Hari yang paling mencabar pada hari ketiga ialah simulasi penggunaan carta laut di Perairan Kuala Perlis di samping anggota dikehendaki mengenadalikan bot serta GPS dan kompas. Selain itu, peserta diberi peluang oleh jurulatih untuk meninjau dan melawat aset terpenting Jabatan Laut Malaysia iaitu kapal Suhail yang dibawa dari Pulau Langkawi.

Simulasi yang membabitkan 11 buah bot dari Aset JPAM Perlis sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai bidang kelautan.


Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke