MAJLIS MESRA AIDILFITRI

30 Ogos 2013 - Kemeriahan Syawal masih dirasai oleh warga JPAM Perlis. Bertempat di PUSPA Perlis telah diadakan Majlis Mesra Aidilfitri JPAM Perlis Tahun 2013. Seluruh Warga JPAM Perlis termasuk bekas anggota, KAPA,PISPA,SISPA dan agensi di bawah KDN turut memeriahkan majlis.

Sebanyak 4 buah gerai santapan didirikan yang terdiri daripada Pejabat Pentadbiran Negeri, PDPA Kangar, PPAU Arau dan PPAU Padang Besar yang telah menyediakan menu menarik hari raya bagi santapan tetamu yang hadir seperti kuew teow, ABC, satay, laksa, lemang dan berbagai lagi. Selain itu turut diumumkan gerai terbaik jatuh kepada gerai PPAU Padang Besar.

Di samping itu, acara yang mengisi kemeriahan majlis ini adalah sesi penyampaian hadiah dan penghargaan kepada anggota SISPA yang telah mencipta nama di Perhimpunan SISPA Peringkat Kebangsaan di Universiti Tun Hussein Onn, Johor menerusi petandingan kemahiran yang dipertandingkan dan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada En. Zainol bin Husin di atas persaraan beliau.

Majlis yang berlangsung selama 4 jam ini telah menemukan bekas-bekas anggota yang pernah berkhidmat dengan JPAM Perlis suatu ketika dahulu supaya ikatan silaturahim sentiasa terjalin walaupun telah lama terpisah.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke