31 Ogos 2013 - Bertemakan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. JPAM Perlis menyahut suara anak merdeka dengan laungan kemerdekaan yang ke 56 tahun. Seperti kebiasaan saban tahun, bertempat di Dataran Merdeka, Kangar, menyaksikan Perarakan dan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis yang ke-56. Turut Mencemar Duli, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hadir bagi menyaksikan perarakan ini.
Perbarisan yang terdiri daripada gabungan agensi kerajaan dan swasta, ahli politik, NGO, Industri, pelajar sekolah dan IPT telah memepamerkan keunikan masing melalui persembahan yang ditunjukkan. JPAM Perlis adalah di antara pasukan uniform yang menyertai perbarisan ini dengan semangat biru menambahkan lagi seri perbarisan.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan kawad Skuad Kadet Pertahanan Awam (KAPA) SMK Tengku Suleiman telah mengharumkan nama kerana telah menjulang tempat johan bagi Kawad Terbaik melalui kategori Kawad Sekolah/IPTA. Mungkin dengan kemenangan ini akan memberikan suntikan semangat dalam pembangunan pasukan beruniform JPAM Perlis.