ANUGERAH INOVASI JPAM 2013

22-24 Oktober 2013 - Bertemakan "Menongkah Kemustahilan, Mendakap Kegemilangan", JPAM perlis menyahut seruan dalam penyertaan bagi Pertandingan Inovasi dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi temasya 2013. Dengan penyertaan dari semua dari JPAM setiap negeri dan pusat latihan, memberi suntikan idea kreatif dan berinovatif dalam meghasilkan sesuatu ciptaan.

Dengan penglibatan Kumpulan Harum Manis, JPAM Perlis meneruskan perjuangan untuk mengenengahkan projek yang dicipta iaitu Smart Fire Tank atau SmaFiT. Ia adalah tangki pembakaran untuk latihan Melawan Kebakaran yang digunakan untuk semua peribgkat latihan di JPAM. Diketuai oleh Lt.(PA) Mohd Khairul Sobri bin Abdul Rahim dan dibantu oleh 9 orang ahli KIK dan Inovasi telah membuat persediaan penciptaan peralatan yang ekonomik ini bagi menyertai Anugerah Inovasi Pertahanan Awam (AIPA)

Hadir bagi merasmikan acara pembukaan, adalah Yang Setia Pesuruh Jaya Pertahanan Awam Datuk Sulaiman bin Hj Keling, Ketua Pengarah Pertahanan Awam telah menekankan aspek seronok mencipta untuk pembangunan jabatan sekaligus melahirkan warga JPAM yang inovatif manakala Yg. Berbahagia Dato' Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri berkenan merasmikan acara kemuncak dan menutup temasya AIPA pada tahun ini.

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke