D'MEX BERSAMA JBPM PERLIS

25 Oktober 2013 - Lokasi latihan bertempat di Hutan Kuari Sungai Batu Pahat, Perlis sekali JPAM bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Perlis dan Hospital Tengku Fauziah (HTF) telah melaksanakan latih amal bersama iaitu Latihan D'MEX. Tidak seperti tahun lepas, latihan menggunakan kawasan kuari dan diadakan pada waktu malam bertemakan Search And Rescue (SAR). Penugasan yang digalas oleh JPAM Perlis bukan sekadar mencari dan menyelamat dan paramedik, ia melibatkan dengan penyediaan pelakon yang terdiri dari anggota JPAM sendiri iaitu seramai 25 orang penyelamat dan 7 orang mangsa.     

Senario latihan melibatkan 3 keadaan iaitu kemalangan ditempat kerja, mangsa lemas di lombong dan tanah runtuh yang memakan masa sehingga larut malam. Proses pencarian mangsa di kawasan tanah runtuh merangkumi kawasan bekas kuari dan hutan yang mana pasukan penyelamat yang telibat menggunakan kaedah pencarian mengikut kemahiran dan cara agensi masing-masing. Kersama ini tidak terhad kepada pasukkan penyelamat sahaja, malah melibatkan penduduk kampung yang tinggal di sekitarnya telah banyak membantu perjalanan latihan ini.

Penyelarasan dan kordinasi yang dilakukan oleh pegawai operasi bencana bagi setiap agensi juga memainkan peranan penting bagi menggerakkan pasukan penyelamat untuk bertindak ke kawasan yang terlibat. Segala aset dan kelengkapan yang ada dapat dikenal pasti kelemahannya melalui latihan ini supaya dapat memberi pertolongan kepada mangsa sama ada dari proses pencarian sehingga ke proses rawatan mangsa dengan sempurna.

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke