LATIHAN PEMANDUAN 4X4 EX-REDAH JPAM PERLIS



4-6 Oktober 2013 -Pergerakan peserta secara konvoi dilepaskan oleh Pengarah JPAM Perlis melalui jalan yang penuh dengan keindahan alam semula jadi menggamit para peserta Latihan Pemanduan Kenderaan 4x4 Ex-Redah JPAM Perlis menuju ke Padang Terap, Kedah Darul Aman sebagai medan latihan sekali gus menguji kecekalan anggota yang terlibat dalam pemanduan kenderaan pacuan 4 roda.

Dengan kerjasama JPAM Negeri Kedah melalui penglibatan dari JPAM Daerah Padang Terap, Kulim dan Kota Setar, latihan ini berlansung dengan jayanya tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Modul Pengendalian keneraan 4x4 ini telah diberikan dengan mendalam secara teori dan praktikal oleh jurulatih berpengalaman dari JPAM Padang Terap seperti cara penggunaan winching, gear 4x4 dan peralatan penyelenggaraan yang lain.

Latihan semakin mencabar dengan kehadiran hujan yang turun sekali gus menguji kesabaran peserta di mana dapat melihat sikap kerjasama apabila melalui kewasan yang sukar seperti keadaan tanah yang berlumpur, licin dan berbukit. Sebanyak 8 buah kenderaan pacuan 4 roda terlibat termasuk dari JPAM Kedah dibawa melalui trek yang telah dipilih.

Hadir sama dalam latihan ini Pengarah JPAM Perlis, Mej.(PA) Ishak bin Mohd Radzi turut merasi cabaran para peserta dan sekali gus merasmikan majlis penutupan Latihan Pemanduan Kenderaan 4x4 Ex-Redah JPAM Perlis.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke