1-3 Oktober 2013 - Bermula dengan pembelajaran teori, mengenai penggunaan radio komunikasi keluaran Barrett jenis manpack peserta yang terlibat dengan latihan telah memberikan penekanan yang serius bagi memantapkan sistem komunikasi JPAM. Bertempat di Pusat Pertahanan Awam (PUSPA) Perlis, Bahagian Latihan dan Bahagian Dasar Ibu Pejabat Pertahanan Awam dengan kerjasama konsultan yang dilantik bagi penggunaan Barrett diteruskan di Zon Utara iaitu JPAM Perlis sebagai tuan rumah.
Penglibatan peserta dari 3 negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang terdiri daripada anggota sukarela dan pegawai tetap telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang ditugaskan bagi melaksanakan operasi SAR di setiap tempat yang dipilih untuk mengaplikasikan penggunaan Radio Barrett dapat memantapkan penggunaan alat komunikasi ini. Sebanyak 8 checkpoint telah ditetapkan yang merangkumi seluruh negeri Perlis seperti di Sempadan Malaysia-Thailand Wang Kelian, Puncak Wang Kelian, Kuala Perlis, UPP Chuping, Felda Chuping, Gua Kelam dan beberapa tempat yang lain.