15 November 2013 - Bertempat di Stesyen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Padang Besar, Perlis, Latihan Kemalangan Keretapi anjuran Majlis Keselamatan Negera (MKN) Negeri Perlis telah menggabungkan semua agensi keselamatan seluruh negeri Perlis iaitu PDRM, JBPM, PBSM, Hospital Tengku Fauziah dan pasukan jemputan dari negara jiran, iaitu pasukan Bomba dan First Responder Thailand.
Latihan yang memakan masa selama 5 jam itu, telah mengengahkan bahaya dan acaman keretapi ketika mengalami kemalangan dan kebakaran. Selain dari menjadi penyelamat, Pasukan JPAM Perlis dengan kerjasama PBSM membawa seramai lebih 20 orang anggota sebagai mangsa yang solek khas oleh pasukan PBSM. Pembabitan pasukan penyelamat dari negara jiran, seperti Thailand adalah untuk mengkordinasikan sistem pengurusan bencana setempat sekiranya berlaku bencana di kawasan sempadan negara. Ia juga lebih mudah untuk sebagai persediaan menghadapi masalah konfrontasi di antara 2 negara.
Kemudahan dan aset JPAM Perlis seperti ambulan menjadi komponen penting dalam memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa. Pasukan pencari dan menyelamat mangsa di dalam keretapi yang diketuai oleh Pasukan JBPM Perlis bukan sesuatu yang asing bagi 2 pasukan ini, malah proses mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian telah diatur dengan sempurna supaya dapat menjalankan tugas mencari dan menyelamat tanpa sebarang kekangan.
Penilaian dan pemerhatian yang dilakukan oleh pegawai pemerhati dari Malaysia dan Thailand telah membuktikan latihan ini telah berjalan dengan lancar mengikut arahan MKN sekaligus memberi pendedahan baru burhubung dengan peranan dan fungsi pasukan penyelamat yang terlibat.