LATIHAN PERSIAPAN BANJIR

9 Disember 2013 -

– JPAM Perlis sentiasa bersedia menghadapi ancaman kemungkinan banjir yang mungkin melanda negeri ini. JPAM Perlis sering mengadakan latihan secara berkala terutama membabitkan latihan menyelamat di air seperti yang diadakan di Kompleks Sukan Air Negeri di Timah Tasoh.
Latihan selama sehari bermula jam 9 pagi berlarutan sehingga lewat petang membabitkan 50 anggota sukarelawan JPAM bertujuan memantapakan persediaan pasukan penyelamat terutama dalam mematuhi Prosedur Arahan Tetap (SOP) ditentukan.
Antara modul yang selitkan adalah Pengendalian Bot, Apungan, Bot Terbalik dan Menyelamat Di Air. Pengarah JPAM Perlis, Mejar (PA) Ishak bin Mohd Radzi berkata latihan seperti ini dilakukan secara berterusan untuk memstikan semua anggota JPAM sama ada berpengalaman atau baru, sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dari segi mental dan fizikal jika perlu dikerahkan untuk membantu ketika bencana.
JPAM Perlis kini libeh bersedia untuk bertindak dan memberikan bantuan ketika bencana banjir dan seramai 350 anggota sari seluruh negeri boleh dikerahkan dalam tempoh dua hingga tiga jam jika bencana berlaku. Malah, dijangkakan kekuatan sebenar JPAM Perlis mampu mencecah sehingga 800 orang dalam tempoh satu hingga dua hari.
Sehingga kini, taburan ahli JPAM termasuk ahli sukarela meliputi keseluruhan kawasan di Negeri Perlis dengan anggota berdaftar seramai kira-kira 9,000 orang termasuk anggota yang aktif melebihi 1,000 orang. Jumlaj itu tidak termasuk 150 orang anggota yang sentiasa diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah seliaan JPAM Perlis. – Berita Harian 11 Disember 2013

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke