KURSUS FIRST RESPONDER UNTUK PETUGAS SUKMA PERLIS

2-4 dan 17-18 April 2014 - Pusat Pertahanan Awam (PUSPA Negeri Perlis menjadi vanue bagi Ahli Jawatankuasa Kerja Perubatan, Kesihatan dan Antidoping untuk kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XVII yang akan berlangsung pada 24 Mei - 4 Jun 2014 di Negeri Perlis.

Bagi memperkemas liputan perubatan sepanjang kejohanan tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah dilantik sebagai Jawatankuasa Perubatan telah telah mengadakan Kursus First Responder kepada Petugas Perubatan dan Sukarelawan yang terlibat. Ia bertujuan mendedahkan petugas perubatan dan sukarewan SUKMA mengenai pengurusan perubatan dan kecederaan yang biasa dialami oleh atlet-atlet SUKMA serta cara perawatan awal kecederaan berkaitan sukan.

Selain JPAM, di antara badan sukarelawan yang terlibat adalah PBSM, St. John, pelajar Sains Sukan UiTM dan UNiMAP yang telah didedahkan dengan modul seperti CPR, Airway Management, Splinting, Bandaging, Choking, dan Triage.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke