PROGRAM ATTACHMENT ANGGOTA JPAM PERLIS DI HTF

1-30 April 2014 - Latar belakang program adalah untuk mencapai objektif jabatan dengan menilai tahap pengetahuan dan kesediaan anggota sebagai pasukan penyelamat yang dapat menjalankan tugas tidak kira apa-apa keadaan sekali pun sama ada sebelum,semasa dan selepas sesuatu bencana berlaku.

Kepentingannya untuk menguji kebolehan pegawai dan anggota Pertahanan Awam Malaysia dalam ilmu pertahanan awam yang telah dipelajari, memupuk semangat kerjasama dalam pasukan, membentuk disiplin dan sahsiah diri serta meningkatkan tahap pengurusan masa ketika mengendalikan sesuatu bencana atau kejadian. Selain itu ia membentuk dan melahirkan anggota yang cekap serta benar-benar memahami cara-cara pengendalian peralatan kecemasan dan peka sebagai seorang First Responder.

Penglibatan seramai 18 orang anggota telah dibahagikan kepada 3 skuad bertugas melalui shift yang telah ditetapkan.Program ini jugak telah menyumbang pengalaman kepada anggota bag menghadapi situasi sebenar apabila mengendalikan kes yang kini kian meningkat terutamanya kemalangan jalanraya. Jabatan Kecemasan dan Trauma HTF menjadi medan bagi pasukan First Responder JPAM Perlis menangani setiap kes. Di antara modul-modul yang terapkan adalah Pengenalan kepada EMS, Badan Manusia, penilaian Awal, Airway Management, Kecemasan Perubatan, Kecederaan Spinal, Kecederaan Otot dan Tulang, Triage dan Renjatan.

Kesimpulannya, perhatian masyarakat mengenai perkhidmatan JPAM bersama dengan agensi luar terutama pihak HTF amat mendapat reaksi positif kerana cabang aliran kemahiran yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Impian untuk memantapkan pasukan First Responder dapat direalisasikan dengan adanya kerjasama diantara kedua-kedua agensi ini sekaligus dapar melahirkan anggota yang berdisplin, professional serta cekap dalam mengendalikan kes kecemasan.




Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke