19 Mei 2014 – Bertempat di Lebuhraya PLUS KM 38.5 Arau Selatan di
Antara Bukit Kayu Hitam dan Alor Setar berhampiran Hutan Kampung, Kolej Tentera
Udara Alor Setar dan PLUS telah menganjurkan Latihan Kecemasan Kemalangan Udara
yang membabitkan pasukan penyelamat termasuk JPAM Kota Setar. Seramai 7 orang
pegawai dan anggota dari JPAM Perlis telah diundang bagi menyertai latihan ini.
Aset utama ialah Helikopter jenis
Alouette III serta bas dari JBPM dan beberapa kenderaan yang lain. Latihan ini
bertujuan untuk melatih setiap agensi yang terlibat bagi menangani situasi
kemalangan yang melibatkan pesawat yang terhempas di atas lebuhraya dan
dirempuh oleh sejumlah kenderaan dan melibatkan angka kematian yang tinggi. Ia perlu
diberi perhatian secara khusus kerana melibatkan beberapa prinsip menyelamat
yang perlu diimplimentasikan secara teratur dan berkesan.
Senario latihan ini menceritakan
sebuah pesawat Alouette yang baru selesai tugas dalam perjalanan pulang bersama
3 orang anak kapal. Di atas faktor cuaca yang buruk, serta hujan lebat dan
petir menyebabkan penglihatan menjadi terhad dan kabur. Tiba-tiba pesawat
mengalami kegagalan enjin dan menyebabkan juruterbang melakukan pendaratan
kecemasan. Kawasan sawah lapang adalah tempat yang sesuai bagi melakukan
pendaratan. Tetapi angin yang kuat menyebabkan pesawat tersasar dan mendarat di
atas Lebuhraya PLUS. Akibatnya menyebabkan sebuah bas ekspres yang membawa
penumpang seramai 35 orang, telah melanggar pesawat tersebut manakala 3 buah
kereta serta sebuah trak tidak sempat mengawal kenderaan menyebabkan berlakunya
perlanggaran.
Latihan operasi ini mengambil masa 2 jam yang melibatkan 18
agensi penyelamat dan keselamatan, tentera, kesihatan, uitiliti, dan media seluruh
Negeri Kedah.