BAS ROMBONGAN TERJUNAM KE DALAM GAUNG



25 Mei 2014 - Seramai 45 penumpang sebuah bas pelancong dari Kepala Batas, Pulau Pinang cedera ringan selepas bas dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di laluan berbukit di Kilometer 37 Wang Kelian,Padang Besar kira-kira jam 9.41 pagi tadi. Mangsa terdiri daripada 33 perempuan , enam lelaki dan lima kanak-kanak sudah dihantar mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Berdasarkan rekod dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kangar, jumlah mangsa yang di bawa oleh Pasukan Penyelamat JPAM Perlis adalah 17 orang mangsa iaitu sebanyak 3 buah ambulan JPAM. Daripada jumlah itu seramai 10 orang mangsa yang mengalami kecederaan ringan menaiki van JPAM.
Dalam kesibukan dan kemeriahan Pasukan Medik JPAM bertugas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014, beberapa pasukan yang bertugas di gelanggang-gelanggang acara SUKMA dan di Bilik operasi Perubatan yang bertempat di PUSPA Perlis dikerahkan ke tempat kejadian. 

Kejadian ini dapat diselesaikan dengan pantas berikutan kekuatan ambulan dan pasukan penyelamat dari beberapa orang pakar dan doktor yang bergegas ke tempat kejadian dapat mengatasi masalah trauma di kalangan penumpang tanpa mencatatkan kes kematian.

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke