JPAM PERLIS JAYAKAN SUKMA XVII PERLIS 2014


24 Mei - 4 Jun 2014. Buat julung kalinya pada tahun 2014, Negeri Perlis Indera Kayangan telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) buat temasya yang ke 17. Acara dwi tahunan ini telah melibatkan kontingen dari negeri-negeri suluruh Malaysia termasuk Brunei Darussalam. Dengan tema Seiring Menuju Kecemerlangan, Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan sukan yang berprestij ini tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

SUKMA Perlis yang mempertandingkan 24 acara sukan serta membabitkan 6,700  atlit telah membuka peluang kepada 1,416 orang sukarelawan untuk terlibat dalam apa jua tugas semasa temasya SUKMA ini.
Semasa temasya ini berlangsung, aspek keselamatan dan kesihatan para atlit yang bertanding amat dititikberatkan bahkan sesuatu acara itu tidak akan dimulakan sehingga pasukan kesihatan dan perubatan tiba di vanue terutama acara yang mempunyai ketagori high risk atau risiko kecederaan yang tinggi.

Malang tidak berbau, sakit tidak mengenal siapa. Jabatan kesihatan Negeri Perlis telah dilantik sebagai AJK Perubatan, Kesihatan dan Antidoping di dalam AJK Kecil Pengelola SUKMA Perlis 2014. Seramai 280 orang yang terlibat sebagai Petugas Perubatan Dan Kesihatan. Daripada jumlah itu, seramai 45 orang anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Perlis diberi tugas melaksanakan tanggungjawab ini. Selain itu, ia juga disokong dengan penglibatan dari Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John, Sukarelawan dari UiTM dan UNiMAP.

Bagi memperkemas liputan perkhidmatan perubatan sepanjang SUKMA berlangsung, pelbagai modul dan kemahiran diterapkan kepada bakal-bakal petugas yang terlibat seperti CPR, Airway Management, Splinting, Bandaging, Chooking dan Triage melalui kursus-kursus dan bengkel yang telah di adakan di Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis.
Tugas ini bermula seawal dari 22 Mei 2014 lagi dengan pengibatan seluruh jentera dan aset perubatan dari Jabatan Kesihatan dan JPAM Perlis walaupun temasya rasmi yang bermula pada 24 Mei – 4 Jun 2014.

JPAM Negeri Perlis  merupakan di antara sebahagian besar pasukan yang terlibat secara langsung dalam menubuhkan pasukan perubatan dan kesihatan ini. Ia termasuklah menyediakan prasarana seperti asrama untuk petugas-petugas, kenderaan anggota dan masa yang ditumpukan sepenuhnya bagi melaksanakan perkhidmatan  ini. Kerjasama yang erat di antara JPAM Negeri Perlis dengan Jabatan Kesihatan bukanlah hubungan yang baru terjalin malah telah lama dimulakan dalam apa-apa perancangan dan program yang dijalankan sebelum ini. Penglibatan pegawai dan anggota dari JPAM Perlis seramai 45 orang telah memberi suntikan semangat dan pengalaman yang baru untuk melaksanakan tugas yang dianjurkan secara besar-besaran.

Segala aset JPAM yang digunakan seperti ambulan sebanyak 3 buah, sebuah van, sebuah pacuan 4 roda, sebuah lori dan pengangkutan di air iaitu 10 buah bot sekaligus melengkapkan keperluan sebagai petugas barisan hadapan bagi menjamin keselamatan atlit dan pengunjung yang memeriahkan SUKMA Perlis 2014.

Di samping itu, sistem komunikasi yang berterusan merupakan frasa yang penting bagi melancarkan tugasan yang diarahkan. Government Intergrated Radio Network (GIRN) digunakan sebarai media perantaraan di antara petugas dan bilik operasi.
 
 Acara tersebut adalah acara tumpuan bagi pasukan ini kerana risiko kecederaan yang tinggi amatlah dititikberatkan. Ia termasuklah acara berbasikal bagi ketagori Cross Country dan Down Hill bertempat di Pauh Putra yang mana faktor geografinya yang berbukit-bukau termasuk berbasikal kategori BMX. Bagi acara angkat berat yang bertempat di IKBN Kuala Perlis, 1 pasukan telah ditempatkan termasuk perkhidmatan fisioteraphy. Manakala 1 pasukan ditempatkan di SMK Kuala Perlis yang mana berlangsungnya acara hoki (wanita).

Bertempat di Tasik Timah Tasoh, berlangsungnya acara sukan air lasak iaitu kanu dan perahu layar. Sepasukan bot yang terdiri daripada 12 orang telah ditempatkan di sini. Sebanyak 10 buah bot digunakan bagi memberi perkhidmatan bantu sedia risiko kemalangan di air. Tasik yang sedalam 5 meter ini menjadi medan pertandingan bagi ke dua-dua acara ini.

Aspek cuaca dan logistik menjadi faktor utama dalam penugasan ini supaya keselamatan para atlit dan penonton terjamin. Segala pergerakan dan pengurusan tugasan disepadukan di pusat operasi perubatan SUKMA Ke 17 Perlis bertempat diBbangunan Latihan, Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis. Penyaluran maklumat terkini akan wawarkan di pusat operasi ini. Jadual penggiliran tugasan di setiap vanue akan dikeluarkan setiap hari sepanjang temasya SUKMA berlangsung. Segala keperluan perubatan dan stok pengeluaran peralatan perubatan akan sentiasa diteliti dan dipantau oleh pegawai bertugas.
 


Waktu tugasan ini bermula  seawal dari jam 6.00 pagi pada setiap hari yang mana segala peralatan termasuk kenderaan digerakan ke vanue-vanue yang telah di tetapkan. Di antaranya adalah Kompleks Sukan Negeri Perlis iaitu Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar yang mempertandingkan acara akuatik, olahraga, badminton, tinju, wushu, pencak silat,  hoki (lelaki) dan bola sepak. Tidak terkecuali majlis pembukan dan penutup SUKMA.

Selagi bahu memikul tugas, selagi tenaga masih mampu bergerak daya, tanggungjwab yang dipikul ini bukan terletak kepada individu dan organisasi semata-mata. Namun, jatuh bangun pasukan ini adalah penyatuan dari segala aspek tidak kira di hadapan atau di belakang tabir. Kerjasama yang diberikan di antara jabatan kesihatan dan JPAM Negeri Perlis akan sentiasa seiring menuju kecemerlangan.

Segala kelengkapan dan usahasama ini menjadikan penganjuran SUKMA Ke 17 di Perlis pada kali ini di antara penganjuran yang berjaya serta bebas dari ancaman tragedi bencana yang boleh mencacatkan SUKMA Perlis 2014 dan apa-apa temasya pada masa akan datang.

 


Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke