20-25 Oktober 2014 – Perjalanan
dan kelancaran menjalani latihan bersama Pelajar SUKSIS Universiti Putra
Malaysia (UPM) Serdang telah mengukir seribu kenangan bersama jurulatih JPAM
Perlis.
Bermula dengan modul Pertolongan
Cemas, Melawan Kebakaran, Asas Renang dan Menyelamat Kelemasan Di Air telah
menampakkan kesungguhan pasukan itu dalam mempelajari ilmu Pertahanan Awam.
Seramai 45 orang pasukan telah
mengikuti program ini yang mana Pertolongan Cemas dan Melawan Kebakaran telah
dijalankan di PUSPA Perlis, manakala Asas Renang dan Menyelamat Kelemasan di
Air diadakan di Kolam Renang Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok.