7-11 November 2014 – Tanggungjawab yang dipikul bukan pada
satu-satu pasukan sahaja. Malah ia memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak.
Bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar. Karnival Sukan JPAM
(SUPAM) yang julung kalinya berlangsung di luar Lembah Klang dan Negeri Perlis
diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi menjayakan temasya ini.
Dengan semangat kesukanan, JPAM
Perlis dan kemampuan yang ada dari segi logistic dan tenaga telah membuktikan
penganjuran SUPAM ini di antara penganjuran sukan yang terbaik dan meriah di
samping kehadiran dan sambutan dari warga JPAM seluruh Negara. Antara sukan
yang dipertandingkan adalah bola sepak, futsal, bola tampar, bola jarring, ping
pong dan karom. Acara perasmian telah dilangsungkan di Stadium Utama Tuanku
Syed Putra yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Hj
Selamat bin Hj Dahlan.
Seluruh Negeri Perlis seakan
menjadi perkampungan JPAM ditambah lagi dengan penganjuran Himpunan Pertahanan
Awam (HiPA) Kali ke-20 yang telah menghimpunkan seramai hampir 2000 orang yang
terdiri dari pegawai dan anggota JPAM seluruh negara bertempat di Tasoh Lake
Resort, Kaki Bukit.
Seperti temasya yang lepas, acara
teras iaitu pertandingan kemahiran seperti Civil Defence Skill (CD Skill), Road
Accident Management (RAM), Rescue And Fire Fighting dan Kawad Persembahan.
Negeri Sarawak telah membolot kebanyakan acara dalam HiPA kali ini dan
seterusnya menjadi juara keseluruhan.'
Ketua Pengarah JPAM YAS. Pj.(PA)
Dato’ Zaiton Ab Samad yang merasmikan majlis penutupan HiPA telah menyaksikan
semangat dan komitmen dalam menjayakan HiPA pada kali ini di antara yang
terbaik. Dalam sidang medianya Dato’Zaiton telah menekankan aspek kesiapsiagaan
di kalangan rakyat dari pelbagai komuniti wajar mempelajari ilmu Pertahanan
Awam dan pembabitan rakyat dengan aktiviti JPAM semakin mendapat sambutan.