MISI KEMANUSIAAN KE PANTAI TIMUR

Bermula 27 Disember 2014, JPAM Perlis mula membuat pengumpulan sumbangan ke Pantai Timur berikutan banjir besar yang melanda di negeri tersebut yang melibatkan seluruh dermawan terdiri daripada individu dan organisasi seluruh Negeri Perlis. Tidak dijangka sumbangan yang begitu menggalakkan dari rakyat Negeri Perlis telah diberi kepercayaan kepada JPAM Perlis bagi menggalas tanggungjawab ini. Beberapa pasukan misi ini telah ditubuhkan bagi membuat serahan bantuan kepada mangsa banjir di Negeri Pahang dan Kelantan.

Pasukan misi ini telah melalui kawasan yang paling teruk dilanda banjir di beberapa daerah jajahan di Pahang dan Kelantan. Dengan bantuan dari unit JPAM berdekatan telah melancarkan misi ini. Antara kaedah pemberian adalah dengan cara lawatan ke rumah atau tapak rumah dengan bertemu mangsa yang terlibat dan menyerahkan bantuan berupa pakaian, makanan dan minuman serta keperluan harian yang lain.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke