PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BERSAMA PENDUDUK TITI SERONG



8 Mac 2015 – JPAM Negeri Perlis dengan kerjasama Pejabat Penghulu Kangar dan JKKK telah menjayakan program Jalinan Mesra Bersama Penduduk Titi Serong, Kuala Perlis. Program yang disertai hampir 350 orang termasuk kanak-kanak dimulakan dengan acara kecergasan seperti senamrobik. Ia diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Ahmad Bakri @ Ahmad Zakri Bin Dato' Ali, Ahli Dewan Undangan Kayang.
Di antara acara yang diadakan adalah acara mewarna kanak-kanak yang menerapkan elemen Pertahanan Awam. Ceramah kesedaran Pertahanan Awam seperti Pengenalan JPAM dan Asas Pertolongan Cemas, CPR dan Choking adalah sebagai teras bagi memeriahkan program ini diikuti acara yang mencuri tumpuan adalah demostrasi menangkap ular dan melawan kebakaran.
Pengisian acara penutup program ini adalah pemberian sumbangan bantuan keperluan harian kepada 12 keluarga asnaf dan cabutan bertuah yang telah disempurnakan oleh YB Ahmad Bakri.


Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke