4-5 November 2015 – Program ini diadakan adalah salah satu perancangan dari Bahagian Perhubungan Awam Dan Dokumentasi JPAM Perlis dalam melaksanakan peranan jabatan untuk mendekatkan diri bersama media sekali gus memperkenalkan fungsi JPAM di mata rakyat.
Ia adalah sebagai penyeragaman sistem pengurusan bencana yang mana JPAM sebagai urusetia bagi Agensi Pengurusan Bencana negara (APBN) yang akan diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Selain itu JPAM sebagai penyelamat akan terlibat dalam sebarang operasi bencana.
Bertemakan pengurusan banjir, JPAM Perlis telah melaksanakan latihan ini seperti menguruskan pusat pemindahan serta kebajikan mangsa yang berada di pusat pemindahan di samping mengeluarkan mangsa ke tempat yang selamat. Ahli media juga diberikan peluang mengendalikan bot dengan membawa rakan-rakan media dalam memberi liputan dari tempat kejadian.
Selain itu penyelamat dan media akan belajar menghadapi situasi kecemasan apabila bot mempunyai masalaha seperti bot terbalik, kerosakan enjin atau enjin tertanggal dari bot
Sekumpulan penyelamat dan wartawan yang sedang membuat liputan di kawasan banjir mendapati bot yang dinaiki tidak dapat dikawal
kerana mempunyai masalah enjin menyebabkan bot tersebut melanggar objek
yang tidak disengajakan dan terbalik. Penumpang yang berada di dalam
bot tidak sempat untuk menyelamat diri dan terkeluar dari bot yang
dinaiki mereka.
Turut hadir beberapa pasukan dari SiSPA UNiMAP, PiSPA
Politeknik, CDERT Bernas, Pasukan CEKAP Malaysia dan KAPA SMK Mata Ayer menjayakan program.