14 September 2012 : Seperti tahun-tahun sebelum ini ,
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPAM Tahun 2012/1433H disambut di Akademi
Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi. Ia disambut pada 14 September 2012.
Majlis disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Ketua
Setiausha Kementerian Dalam Negeri. Majlis dihadiri lebih dari 700 orang
jemputan dan anggota JPAM dari seluruh Malaysia termasuk 2 Pusat Latihan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (PULAPA) dan dari ALPHA sendiri. Turut
menghadiri majlis ialah Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Semua Pengarah-Pengarah JPAM Negeri, Komandan-Komandan Pusat Latihan Dan VVIP
Jemputan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Mantan Ketua Pengarah, Dato’
Haji Abdul Halim Bin Abdul Hamid. Setiap negeri diberi ruang untuk menyediakan
hidangan untuk para tetamu dan berkongsi keenakan makanan dari negeri
masing-masing, dan membawa tema yang berbeza. Bagi tahun ini JPAM Perlis
membawa tema Tebu Dan Mangga, JPAM Perlis menghidangkan makanan yang popular di
negeri perlis iaitu Laksa Perlis dan Cendol Pulut, seramai 48 Orang Anggota dan
Staf Tetap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Perlis Dan Anggota
Sukarela JPAM Perlis telah menjayakan persiapan dan majlis di sana. Hanya
mempunyai masa 12 jam, anggota JPAM dapat menyiapkan hiasan tempat dan hidangan
untuk majlis pada malam itu. Dengan usaha keras yang ditunjukkan oleh anggota,
JPAM Negeri Perlis telah dianugerahan Makanan Terbaik pada majlis itu.