MOSIF JPAM PERLIS DI TEMPAT KE 3


10-13 September 2012 : Dengan memilih projek daripada masalah ‘Lambat Untuk Mendirikan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)’, Perancangan yang rapi dan singkat telah bermula dari April 2012 lagiyang telah memakan kos sebanyak RM 3,000.00. Komitmen dari setiap ahli kumpulan sama ada menghadiri mesyuarat atau menjalankan uji rintis ternyata memberikan telah memberikan penekanan yang serius terhadap perlaksanaan projek yang ingin dilaksanakan.
Pemilihan nama kumpulan ‘Harum Manis’ berdasarkan persetujuan semua ahli kumpulan bersesuaian dengan buah-buahan yang popular di negeri Perlis iaitu Mempelam Harum Manis. Kapt. (PA) Mohd Ruhaizul bin Md Isa, Timbalan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis merupakan fasilitator bagi kumpulan ini manakala Lt. (PA) Mohd Khairul Sobri bin Abdul Rahim, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kangar, bertindak sebagai ketua kumpulan dan dibantu oleh 8 orang ahli lain daripada staf tetap jabatan. Selaras dengan objektif Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis yang berfungsi untuk mengawal, melaksana dan menilai program untuk orang awam, penggunaan Meja Operasi yang maksimum dan kerap dilihat sebagai satu keperluan dalam setiap latihan yang dijalankan. Perkara ini jelas dapat menyumbang kepada kemantapan sesuatu latihan yang dijalankan dan seterusnya berupaya melahirkan anggota-anggota yang dapat memberi sumbangan, perkhidmatan dan bantuan yang maksimum kepada orang awam semasa berlakunya sesuatu bencana.
Meja MOSiF adalah singkatan akronim dari perkataan Meja Operasi Altenatif yang telah dicipta berdasarkan gabungan di antara meja dan papan putih. Meja ini merupakan satu altenatif bagi pasukan penyelamat untuk mendirikan PKTK dengan mengambil masa yang singkat untuk menjalankan operasi menyelamat. Alat ini dilengkapi dengan lampu, laci, ruangan peta, dan papan putih menjadi satu komponen bagi mendirikan PKTK. projek MOSiF ini dilihat dapat membantu dari segi pengurusan untuk latihan yang perlu diadakan dengan kerap untuk anggota sukarelawan yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Pengurusan yang dimaksudkan adalah dari aspek penyediaan alatan untuk latihan yang dijalankan.
Bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA) Bangi, Kumpulan Harum Manis bersama 20 kumpulan dari JPAM seluruh Malaysia berentap untuk mempersembahkan projek yang telah dibangunkan. Saingan yang sengit di antara kumpulan-kumpulan yang bertanding pada awalnya telah memberi sedikit kegugatan kepada Harum Manis di atas persembahan yang diberikan. Konvensyen ini. Selain dari projek MOSiF ini, penciptaan penggulung hos melawan kebakaran turut bertanding bagi kategori Inovasi. Ia adalah alat mudah tugas untuk menggulung hos yang mana ia dapat dapat menggulung hos dengan mudah, pantas dan kemas. Penggulung hos ini, merupakan satu inisiatif untuk memudahkan anggota yang tidak mampu menggulung hos dengan pantas dan kemas.
Dengan slogan kumpulan “Inovasi Peneraju Perubahan” Kumpulan Harum Manis dengan idea yang sentiasa menerajui perubahan menggunakan prinsip slogan tersebut bagi merealisasikan misi dan dan objektif projek. Masa persembahan perbentang projek diperuntukkan selama 20 minit digunakan dengan sebaik mungkin untuk melengkapkan pembangunan idea yang kreatif. Tidak dapat dinafikan lagi walaupun hanya dengan kedudukan yang ke 3 dalam Konvensyen KIK sempena Hari Inovasi JPAM 2012, JPAM Perlis akan terus melangkah jauh untuk mencetuskan penciptaan inovasi yang dapat menaikkan imej jabatan untuk negara.
Hadir sama dalam merasmikan Majlis Penutup Sambutan Hari Inovasi JPAM 2012 ialah Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah JPAM, Yang Setia Dato’ Sulaiman bin Haji Keling. Berikut adalah keputusan pertandingan sempena Hari Inovasi JPAM 2012.
Kumpulan Inovatif dan Kreatif:
Johan - Kuala Lumpur
Naib Johan - ALPHA Bangi
Ke 3 – Perlis
Anugerah Inovasi: 
Johan - Pahang
Naib Johan - ALPHA Bangi
Ke 3 – Sabah
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke