PERLIS MANTAP DI KARNIVAL SUKAN JPAM


14-16 September 2012 – Berkampung selama 3 hari 2 malam di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi telah mencatatkan seribu suka duka bagi kontingen JPAM Perlis menjayakan Karnival Sukan JPAM 2012. Persediaan dari segi mental dan fizikal tidak disiakan begitu sahaja, semua kontingen yang terlibat telah menunjukkan semangat kesukanan yang membanggakan. Persaingan di antara kontingen JPAM seluruh negara telah banyak membuka ruang kepada warga JPAM Perlis untuk melibatkan aktiviti sukan sama ada di peringkat jabatan mahupun di peringkat kementerian. 

Di antara acara yang dipertandingkan ialah bowling, dart, bola tampar, futsal, bola jaring, congkak, ping pong dan batu seremban. Kontingen Negeri Perlis telah menunjukkan peningkatan bagi beberapa acara terutamnya acara futsal kerana telah menjadi johan Kumpulan D dari 20 pasukan yang bertanding. Namun taring Pasukan JPAM Perlis hanya bersinar di peringkat separuh akhir sahaja yang mana telah menduduki tangga ke 4 dan perlawanan terakhir telah ditundukkan oleh pasukan Negeri Sembilan dan ALPHA. Berikut adalah laluan kemenangan melalui keputusan perlawanan futsal yang melibatkan kontingen Negeri Perlis sepanjang Karnival Sukan JPAM berlangsung:
1. SARAWAK (PERLIS 2 - 1 SARAWAK) 
2. SELANGOR (PERLIS 2 - 0 SELANGOR) 
3. TERENGGANU (PERLIS 1-1 TERENGGANU) 
4. JOHOR (PERLIS 1 - 0 JOHOR) 

Walaupun tidak mendapat kedudukan yang tertinggi dalam semua acara yang dipertandingkan, namun kontingen JPAM Perlis telah menjadi johan bagi kategori pakaian terbaik di Karnival Sukan JPAM 2012 yang mana majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPAM, Dato’ Sulaiman bin Hj Keling.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke