PERHIMPUNAN KERAJAAN NEGERI PERLIS

 
2 Oktober 2012 – Bertempat di Dewan Warisan Kangar, Perlis. JPAM Perlis diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis dengan jayanya.Seramai lebih kurang 800 orang penjawat awam seluruh Negeri Perlis yang terdiri dari jabatan-jabatan negeri, badan berkanun negeri dan persekutuan, jabatan persekutuan, IPTA, anak-anak syarikat kerajaan dan swasta.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Perlis, Negaraku, Perkhidmatan Awam dan Korporat Pertahanan Awam dengan iringan Kumpulan Koir JPAM Negeri Perlis yang penuh bersemangat menyerikan lagi perhimpunan ini. Hadir dalam perhimpunan ini, YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Dr. Md Isa bin Sabu bersama Exco-exco Kerajaan Negeri dan Mufti Perlis.

Acara dimulakan dengan ucapan dari YS Mejar (PA) Ishak bin Mohd Radzi, Pengarah JPAM Perlis yang mana ia diisi dengan pengenalan JPAM Perlis serta pendedahan JPAM kepada masyarakat. Kesempatan itu juga Pengarah JPAM Perlis telah menekankan ilmu-ilmu Pertahanan Awam wajar dipelajari oleh semua golongan. Kenyataan itu dimurnikan lagi dengan ucapan YAB Menteri Besar Perlis bahawa JPAM sentiasa berada dimana-mana sahaja ketika kecemasan atau bencana selain dari isu bajet 2013 yang menjadi intipati beliau.

Pujian dan ucapan tahniah dari ketua-ketua jabatan dan exco kerajaan negeri di atas penganjuran perhimpunan pada kali ini yang mana ia berlangsung tanpa sebarang kecacatan. Selain itu, ruangan pameran turut diadakan bagi memaparkan info-info terkini jabatan.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke