10 Mac 2015 - Kehilangan seorang pesara Hospital Tuanku Fauziah (HTF) terjawab apabila penemuan mayat yang dipercayai maut tergelincir di atas bukit yang curam yang menjadi tumpuan pendakian kawasan rekreasi itu.
Mangsa yang berusia 65 tahun dilaporkan hilang ketika beriadah bersendirian di kawasan Bukit Cenderawasih. Waris yang menyedari lelaki tersebut tidak pulang ke rumah hingga larut malam terus melaporkan kejadian tersebut dengan datang sendiri ke Pusat Kawalan Operasi 999 Kangar dan terus memulakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan berhampiran yang dikelilingi oleh sawah padi bersama PDRM dan RELA.
Isterinya yang selalu beriadah bersama mangsa di taman rekreasi tersebut kemudiannya keluar mencari suaminya di situ namun hanya menemui motorsikal kepunyaan mangsa sebelum gerakan mencari dan menyelamat yang mula dilakukan oleh pasukan JPAM.
Mayat mangsa ditemui selepas 3 hari operasi dimulakan dan mendapati terlentang di sebalik celahan batu dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam. Pasukan penyelamat mengambil masa 2 jam untuk menurunkan mayat mangsa dari lakosi ditemui ke kawasan rendah berikutan keadaan curam yang bahaya sebelum dihantar ke Unit Forensik HTF. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.