PERKHEMAHAN INTEGRASI KAPA TAHUN 2015


 
3-5 APRIL 2015 - Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Peringkat Negeri Perlis bagi tahun 2015 yang telah berjaya dilaksanakan di Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis. Perkhemahan Kadet Integrasi ini diatur dan dijadikan sebagai acara tahunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis telah masuk kali ke 15 penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 2000
 
Penganjuran Perkhemahan KAPA pada edisi yang lepas telah dilaksanakan dengan jayanya di Pusat Ko-Kurikulum Kem Tasoh, Jalan Kaki Bukit. Pada tahun ini pula kedua-dua pihak iaitu JPAM dan Jabatan Pendidikan bersetuju untuk memilih Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis (PUSPA) sebagai medan pertandingan kemahiran iaitu Kawad Kaki, Menyelamat, Melawan Kebakaran dan Perawatan Kecemasan seterusnya membawa aspirasi dan inpirasi jabatan agar matlamat melahirkan model insan yang lebih berdaya saing dan berdisplin tinggi akan terlaksana.

Persaingan dengan cara yang sihat ini mampu untuk mengekalkan semangat berpasukan dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Sekalung tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan pastinya akan membuka lembaran baru dalam proses menuju kedewasaan. Kepada yang gagal, anda masih mampu mengorak langkah, gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya kerana hanya yang gagal mampu mengubah persepsi hidup untuk terus ke mercu kejayaan keranan setiap kegagalan itu menjadi kunci kepada sebuah kejayaan.

Acara penutup telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, YB Tuan Senator Mohd Khalid bin Ahmad serta kehadiran dari wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Tuan Hj Rosli bin Derani. 

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke