JPAM PERLIS JAYAKAN ARF DiREx 2015



24-28 Mei 2015 – The Asean Regional Forum: Disaster Relief Exercices (ARF DiREx) 2015 yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kerajaan Republik China telah menjadikan kawasan di utara Semenanjung iaitu Kedah dan Perlis sebagai tempat latihan simulasi paling eksklusif di Rantau Asia Pasifik dan telah melibatkan 1700 orang pasukan penyelamat daripada 22 buah negara. Senario menyeluruh dicadangkan untuk ARF DiREx 2015 akan memberi kesan yang yang berimpak tinggi kepada bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ini simulasi bencana skala penuh akan menguji kepakaran peserta serta menguji mekanisme disediakan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

JPAM tidak terkecuali dalam latihan yang berprestij ini turut serta sebagai barisan ke 3 sebagai pasukan keselamatan negara. Pelbagai senario dan kejadian telah dirancang berdasarkan keadaan dan jenis risiko di antaranya Road Traffic Accident (RTA), Bencana Industri, Banjir, Tanah dan Landslide & Collapsed Structure, Chemical Leakage, Evacuation Centre, Mass Evacuation dan Maritime SAR yang bertempat di Pulau Payar, Kedah.

Beberapa pasukan telah dibahagikan yang juga melibatkan anggota dari JPAM Kedah sebagai penyelamat dilokasi tertentu. Selain itu, JPAM Perlis bersama JPAM Kedah turut dalam menyediakan pelakon dan pelaku sebagai mangsa dengan kerjsama penduduk kampung sekitar Tasoh seramai 200 orang. Dengan itu, secara tak langsung menjadikan penglibatan JPAM dalam latihan ini melebihi 400 orang yang terlibat termasuk dari Ibu Pejabat JPAM, wakil-wakil dari setiap negeri, Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA), Kadet Pertahanan Awam (KAPA) dan Siswa Siswi Pertahanan Awam (SiSPA).

Kerjasama Pasukan JPAM dengan pasukan penyelamat China telah menacarkan proses simulasi menyelamat. Selain itu pelbagai asset menyelamat dari negara-negara yang terlibat terutama dari China dan Thailand yang telah dibawa seawal 22 Mei seperti jentera kebakaran dan menyelamat, tanker, kren, ambulan dan lain-lain. 

Sistem pengurusan bencana telah diteliti dan perancangan latihan memakan masa setahun lebih. JPAM sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi hasil dari kerjasama jawatan kuasa induk dalam melaksanakan ARF DiREx 2015 yang berlangsung di Perlis dan Kedah.

Pelbagai elemen dalam ruang memberi perkhidmatan menyelamat kepada mangsa dalam apa jua keadaan. Satu skop tugas bagi setiap SOP yang diwujudkan tetap selari dengan fungsinya pada agensi menyelamat sedia ada sama ada dalam atau luar negara. Bagi JPAM ia adalah platform bagi melonjakkan nama ‘Malaysia Cividefence’ di mata dunia bukan perkara yang mustahil.

Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke