4 Jun 2015 - Kerjasama kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thailand dalam menjayakan latihan The Satun/Perlis Disaster Relief Mechanism Exercise atau dikenali sebagai SPYNEX 2015 bukan kali pertama diadakan. Pada tahun ini Wilayah Satun, Thailand telah menjadi tempat bagi menjayakan latihan ini yang telah melibatkan pasukan penyelamat dari Thailand dan satu-satunya agensi penyelamat dari Malaysia yang terlibat adalah JPAM Negeri Perlis.
Hasil dari kerjasama dari Pejabat Malaysia Thailand Border Coordination Office (MTBCO) JPAM Perlis telah dijemput menjayakan simulasi menyelamat mangsa ombak besar tsunami dan feri terbakar. Selain itu, beberapa orang pegawai dari lain-lain agensi Malaysia seperti Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut terlibat sebagai pemerhati dalam latihan ini.
Seramai 5 orang pegawai dari JPAM Perlis terlibat dalam latihan ini telah memberikan kerjasama dalam penyelarasan menyelamat di antara 2 buah negara serta saling mengenali kaedah menyelamat di antara satu sama lain. Latihan yang berlangsung selama 2 jam ini, disaksikan oleh semua delegasi Malaysia dan Thailand serta wakil-wakil media Thailand dan penduduk berhampiran.