HAYATI RAMADHAN BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF

17 Jun 2015 - Program anjuran bersama AJK Surau Al-Fath, JPAM Perlis sekali lagi telah menjemput pendakwah muda yang tersohor iaitu Ustaz Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf telah berlangsung dalam suasana di ambang Ramadhan iaitu pada 30 Syaaban 1436 Hijrah.

Program Gerbang Ramadhan bersama Imam Muda Asyraf telah mendapat sambutan dari segenap komuniti yang hadir. Program ini juga telah dijayakan oleh penaja yang telah menyumbang beberapa sumbangan bagi menceriakan suasana di dalam dewan yang dipenuhi seramai lebih kurang 180 orang serta makan dan minum tetamu yang hadir, Merida Printing and Advertising, Dynaz Qaseh dan Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Perlis. 

Selain itu, turut diadakan adalah acara penyerahan mushaf al-Quran yang telah diwakafkan kepada Surau JPAM Perlis hasil usaha dari i-Prihatin Cawangan Perlis sebanyak 20 naskah serta pembukaan kaunter sumbangan wakaf dan pemeriksaan gigi percuma oleh Pejabat Pergigian Negeri Perlis.
Untuk melihat koleksi berita yang lepas, sila ke "Arkib"


Anda adalah Pelawat ke