6 Ogos 2015 – “Peranan JPAM akan diperluaskan ke semua segenap agensi dan komuniti termasuk Esscom dengan penambahbaikan serta perolehan aset JPAM dari masa ke semasa. Melancarkan pengurusan krisis dan bencana yang sebelum ini sebagai benteng ke-3 akan bergerak sebagai peneraju menjadi benteng utaman. Selain itu JPAM juga akan terlibat dengan kawalan sempadan negara”, kata Datuk Seri Shahidan Kasim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam majlis penyerahan sumbangan peralatan operasi berupa gergaji berantai (chainsaw) kepada JPAM Perlis.
Sebanyak 6 buah chainsaw telah disumbangkan kepada JPAM perlis sebagai penambahan aset JPAM bagi menjalankan operasi khidmat kemanusiaan seperti kerja pembersihan kawasan berisiko yang pada ketika ini adalah musim ribut taufan yang boleh menyebabkan pokok tumbang sekaligus membahayakan nyawa. Peralatan operasi tersebut diterima Pengarah JPAM Perlis, Lt.Kol.(PA) Ishak bin Mohd Radzi pada satu majis yang diadakan di Pusat Khidmat Komuniti Yayasan Pok dan Kasim, Jabatan Perdana Menteri, Kangar.
Hadir sama dalam majlis sumbangan tersebut ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis Sahibus Samaah Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sebagai pentazkirah majlis.
Hadir sama dalam majlis sumbangan tersebut ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis Sahibus Samaah Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sebagai pentazkirah majlis.